Wednesday, 12 February 2014

6 Tips Kebahagiaan Rumahtangga

 6 TIPS KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA 

Pertama : Cinta

Rasa cinta antara anda pasangan anda pasti akan mengharmonikan suasana rumah tangga anda. Jangan tunggu pasangan anda untuk tunjukkan rasa cintanya. Sebaliknya anda sendiri yang perlu tunjukkan dahulu pada pasangan anda yang anda sangat mencintai dirinya.

Jangan terlalu berkira dengan pasangan anda kerana ia akan buatkan pasangan anda terasa hati dengan anda. Setiap hari, anda cium dan luahkan kata – kata cinta pada pasangan anda.

Kedua : Goda pasangan anda

Sentiasa goda pasangan anda di mana sahaja anda berada. Jangan rasa malu untuk goda pasangan anda kerana ia adalah resepi utama kebahagiaan rumah tangga. Goda pasangan anda sehingga dia balas godaan anda. Apabila dia balas, anda goda kembali sehingga buatkan dia tidak tahan. Goda sahaja berterusan sehingga anda berdua rasa bahagia yang amat.

Ketiga : Layan pasangan anda dengan rasa hormat

Sebagai isteri atau suami, anda perlu layan pasangan anda dengan rasa hormat. Apabila anda hormat pasangan anda, anda akan layan dia dengan ikhlas dan terima dia seadanya.

Keempat : Beri sokongan pada pasangan anda

Perkara keempat yang boleh beri kebahagiaan pada perkahwinan anda adalah sikap saling menyokong antara satu sama lain. Jangan sesekali aibkan pasangan anda di hadapan orang lain dan jangan sesekali anda bocorkan maklumat aib pasangan anda pada pihak ketiga. Sentiasa sokong apa yang pasangan anda lakukan.

Kelima : Kerjasama

Sentiasa amalkan sikap terbuka untuk bekerjasama dengan pasangan anda. Jika anda seorang suami, anda tidak perlu tunggu isteri anda untuk mengemas rumah dan melakukan kerja rumah yang lain. Sebaliknya anda terus lakukan jika anda ada kelapangan. Sentiasa penuhi permintaan pasangan anda .

Keenam : Jangan marah

Apa sahaja yang terjadi antara anda pasangan anda, anda jangan sesekali marah. Sentiasa amalkan sikap diplomasi dan maaf. Apabila pasangan anda lakukan sesuatu kesalahan, anda terus maafkan sahaja dia dan teruskan hidup dengan rasa bahagia.

SUAMI ISTERI SALING MELENGKAPI, SENTIASAKANLAH MENGAMALKAN TOLERANSI DALAM RUMAHTANGGA, INSYAALLAH AKAN BAHAGIA 


No comments:

Post a Comment